skip to main |
skip to sidebar
Sejarah perjuangan di Budu
Sejarah perjuangan di Budu
BUDU - Mukim Budu adalah sebuah mukim yang penting dalam sejarah Pahang kerana banyak peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini.
Di mukim ini juga lahirnya Pahlawan Melayu Mat Kilau yang juga anak kepada Khatib Rasul Abdul Salam atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah menerusi perkahwinan bersama Cik Jebah dari Batu Naga, Tualang Padang.
Keturunan ke lapan Mat Kilau, Roslizan Ahmad Mahidin berkata, perbalahan sesama sendiri antara pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British.
“Pihak British menyerang Budu menggunakan senjata moden dan terkini pada masa itu. Banyak nyawa orang Melayu menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang.
“Setelah lebih seabad berlalu, banyak bukti sejarah terdapat di kawasan ini seperti Perigi Sejarah Mat Kilau, kubur pengikut Tok Gajah dan Mat Kilau serta parit dalam,” katanya kepada Sinar Harian.
Perigi Sejarah Mat Kilau
Roslizan berkata, berdasarkan fakta sejarah, Perigi Sejarah Mat Kilau digali oleh Mat Kilau yang ketika itu menjadi salah seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama pengikutnya sekitar tahun 1890an.
Menurutnya, perigi itu digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahandanya, Tok Gajah yang juga anak jati kampung terbabit.
“Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kampung Kipas, Napal, Terap, Jerening hingga menjangkau ke Chat, Tualang Padang dan Peruang.
“Selain itu, perigi terbabit telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan daerah Lipis,” katanya.
Roslizan berkata, kawasan terbabit serta sekitarnya adalah tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar Sikh di bawah pimpinan Kolonel Walker dan Hugh Clifford.
“Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampung Budu musnah, apabila banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan dibunuh.
“Rentetan dari penyerangan tersebut juga seluruh penduduk kampung ini telah melarikan diri ke Bukit Raya atau lebih dikenali sebagai Bukit Tacing,” katanya kepada Sinar Harian.
Roslizan berkata, walaupun pelbagai peristiwa silih berganti berlaku namun perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman selain turut mempunyai banyak kelebihan.
“Antara kelebihan perigi ini yang dapat dikesan ia tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana terdapat lima buah mata air yang berpunca dari Bukit Gong dan Bukit Raya di dalam perigi ini.
“Selain itu, ia menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampung di sekitarnya,” katanya.
Sejarah Parit Dalam
Roslizan berkata, satu lagi tempat sejarah di kawasan tersebut ialah Kampung Parit Dalam yang turut dikelilingi beberapa kampung kecil seperti Kampung Napal, Empau, S�eberang Teka, Seberang Paya dan Gedung Batu.
Menurutnya, Kampung Parit Dalam mendapat namanya daripada sebuah parit yang amat dalam yang mana mengikut ceritanya setinggi pohon kelapa ataupun kedalamannya hampir 50 meter.
“Parit terbabit digali oleh Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya ketika menghadapi peperangan dengan pihak Inggeris ketika meletusnya peperangan pada 20 Mei 1892,” katanya.
Roslizan berkata, tanggal 18 Mei 1892, Walker dan Clifford yang bertindak sebagai “Political Officer” bergerak menuju Budu dari Raub.
“Mereka ditemani oleh tiga orang Inspektor berbangsa Eropah, dua orang Jemadar dan 150 orang askar Sikh. Ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha telah dilakukan pihak Inggeris untuk memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.
“Bagaimanapun, demi mempertahankan tanah air tercinta, rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Maka pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar Kampung Budu,” katanya.
Roslizan berkata, parit dalam yang digali oleh mereka, telah dijadikan benteng yang berupa jerangkap samar untuk mempertahankan serangan Inggeris di mana lebih separuh askar Sikh telah terbunuh di dalam parit itu.
“Memandangkan pihak Inggeris mempunyai askar yang ramai, akhirnya Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya telah berundur ke Kampung Empau dan bertempur semula dengan Inggeris di situ.
“Akhirnya mereka terpaksa berundur hingga ke Kampung Racap, Tekeong, Chat hinggalah ke Tualang Padang. Ada antaranya mereka telah lari bersembunyi ke Bukit Raya,” katanya.
3 ulasan:
Sedikit Info : Ayah Tok Gajah bernama Tok Shahrom adalah berketurunan Rawa.Ibunya Tok Dinar (Wan Siti Hajar Bt Sheik Ali) beliau berasal dari Kg Chengkuas,Kuala Kenong,Kuala Lipis. Adik beradik Tok Gajah seramai 5 orang, 1. Khatib Mohd Arif 9 org anak 7L 2P, 2.Hj Mohd Amin 9 anak 3L 6P,3. Khatib Rasu Ab -Salam 23 anak,4. Hjh Maimunah 2anak 2L 1P dan kelima Ranting Mas tiada anak(mati ditembak oleh Tok Zainal sepupu beliau, kerana berebut emas mentah, mati bersama anak dlm kandungan berusia 7 bulan (kuburnya ada di
Hulu,Temau bersama kubur ibu/bapanya.Tok Gajah dilahirkan di Hulu Temau pada 1845.Isteri Tok Gajah seramai 7 orang. 1. Cik Siti(Kuala Kenong)2. Jebah bt Ibrahim(Budu) 3. Teh Mahda (Burau P/Tawar. 4. Bedah (P.Tawar)5.Mah(tiada anak)6.Cik (Pekan Sentul/mati) 7. Tijah. Disini di perturunkan nama anak2 Tok Gajah dengan Jebah bt Ibrahim orang Budu, masih ada lagi keluarga adik beradik Jebah di Budu,Anak Tok Gajah di Budu dengan isterinya Jebah org Budu ialah 1. Ahmad Pilus,2. Teh Da (ayah kepada Aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, anaknya Hj Safari,3. Saripah, 4. Nadiah, 5. Abd Rahman (aki Dato Mazlan Jamaluddin/penasihat, Dato Nazri Tan Sri Abd Aziz, Menteri di JPM (cicit kepada Abd Rahman anak Tok Gajah) Abd Rahman juga Aki kepada Aruah Cikgu Azharuddin(cicit Tok Gajah), Untuk makluman : Keturunan Tok Gajah ini masih belum mencapai 7-8 keturunan, baru mencapai 6 keturunan yg masih kecil, saya sudah menyemak dengan semua keturunan yg ada, Ramai yg mengaku berketurunan dengan Tok Gajah, tetapi harus di ingat Tok Gajah bukannya anak jati Kg Budu, dia berasal dari Hulu Temau dimana ayahnya adalah orang Rawa dan emaknya org Kg Chengkuas, Kuala Kenong, Kuala Lipis. Tok Gajah hanya berkahwin dengan orang Budu sahaja,(masih ada lagi terdapat keluarga adik beradik Jebah ini di Budu,ramai org2 tua otai yg mengetahuinya)keluarga yg ada di Budu masih dalam 2 pupu/bapak sdra 2 pupu/anak saudara 2 pupu. Mat Kilau bukannya orang Budu,Mat Kilau di lahirkan di Kg Masjid Pulau Tawar pada 1865,(Mat Kilau adalah Aki kepada Cikgu(Pak Wa) Abu Bakar Bin Hassan), ibu Mat Kilau orang Burau/Pulau Tawar, ibunya Teh Mahda anak kepada Tok Kaut, (adik beradik Mat Kilau, Teh Ibrahim, Yang Chek). Yang Chek adalah ibu kepada Dato Setia Amar Senggara Sallehuddin Bin Mat Lela Bin Dato Bahamam, dimana anak Dato Sallehuddin ini ialah Dato Norihan,Datin Sallehatun, Sufian dll. dimana Dato Bahaman berkahwin dengan anak Tok Gajah. Salasilah keturunan Tok Gajah/Mat Kilau boleh disemak dengan (Abg Din) En Zainuddin Sg Isap, Dato Khairuddin Kawi,(Dato Zulkifli Ahmad, Tan Sri Rahim, Dato Shamsiah bt Dato Abdul Hamid (Ibu Dato Tengku Asmawi)mereka ini dari keturunan Khatib Mohd Amin adik beradik Tok Gajah) Dato Jamaluddin, keluarga Tok Muda Nong di Jerantut dan kelaurga aruah Tok Empat Nong di Tualang Padang.(keturunan Isteri Tok Gajah di Budu iaitu Jebah Bt Ibrahim.(masih dalam 2 pupu/bapak sdra 2 pupu. sedikit maklumat : Tok Gajah (Khatib Rasu Abd Salam berkahwin dengan Jebah Bt Ibrahim dapat anak + Abdul Rahman + Hadijah + Puan Sri Hamidah + Dato Seri Nazri(Menteri di JPM) + anak Dato Nazri (baru 5 keturunan Tok Gajah), begitu juga keturunan Teh Da.belum mencapai 7 -8 keturunan lagi. semoga jelas dengan penerangan ini.
(baru 6 ) tersilap taip (5)
Dimaklumkan salah seorang adik beradik Jebah bt Ibrahim bernama Enggik Bt Ibrahim telah berkahwin dengan Panglima Garang Abdul Samad Penghulu Mukim Budu yang pertama ..
Catat Ulasan