Kuala Lipis merupakan sebuah bandar kecil di Pahang, Malaysia dengan penduduk lebih kurang 20.000 orang. Dahulukala, Kuala Lipis adalah merupakan pusat lombong emas sebelum penjajah Inggeris datang pada tahun1887. Pada tahun 1898 ia menjadi ibukota Pahang sehingga 1955. Selama waktu ini, bangunan seperti Pejabat Daerah, Sekolah Clifford dan Pahang Club dibina. Rumah bukit Residen kini merupakan hotel dan muzium.
Bandar ini membangun dan makmur dengan ujudnya landasan kereta api pada tahun 1924. Namun,pada bulan Ogos 1955, ibu negara dialihkan ke Kuantan, dan Kuala Lipis mula menjadi sebuah bandar yang senyap dan mengantuk kerana tertinggal dari pembangunan. Bandar yang bagaikan mengantuk serta sedang berihat ini Cuba dibangunkan dengan cara terpuji dari segi keaslian dan tinggalan sejarahnya.
Tempat yang pasti menjadi lokasi perlu dilawati adalah :-
Bandar tua Kuala Lipis.
Rumah Residen Inggeris.Pejabat Daerah Lipis.Stesen Kereta Api.
Sekolah Menengah Clifford.
Rumah Banjir.
Pahang kelab.
Lipis Zoo.
Sungai Jelai.
Muzium Warisan Lipis.
Rumah puncak bukit Bukit bius.Dan banyak lagi ....
Bagi yang sukakan aktiviti lasak dan aktiviti perkemahan di alam semulajadi, ada beberapa lokasi yang boleh di kunjungi . Antara yang hampir dengan bandar ini adalah taman Rimba Kenong. Dari Kuala Lipis anda boleh pergi ke Kenong Rimba Park, yang berjarak sekitar 10km. Mudah untuk kesana dengan menaiki Kereta pacuan 4 roda, kereta api atau perahu. Dari Kuala Lipis menaiki kereta api atau kereta untuk ke Kampung Batu Sembilan, kemudian menaiki bot selama 30 minit perjalanan ke Jeti Tanjung Kiara. Dari sini boleh berjalan kaki (trekking) selama lebihkurang satu jam setengah untuk sampai ke tapak perkemahan (base camp) atau menaiki kenderaan 4X4 (4 wheel drive) selama 30 minit.
Kegiatan yang selalu dilakukan disini adalah :-
Melawat Gua, Meredah Hutan (Jungle Tracking) , berjalan malam, mendaki bukit dan meninjau haiwan liar serta burung.

1 ulasan:
Lipis paling ketinggalan, dulu ibu negeri,sepatut ibu negeri ada universiti.Lihat kuantan berapa universiti dia ada iaitu UMP,UITM,Shahputra, Segi College,Taylor C,KIPSAS, dan banyak lagi.Industri jauh sekali, lihat Kuantan segala macam industri ada.Apa peranan UMNO membangunkan Lipis ? Tak ada.
Catat Ulasan